Rumah Sarang Burung Dirompak

Lapan lelaki bersenjatakan senapang patah dan objek tumpul

0
368

SIBU – Lapan orang bertopeng bersenjatakan senapang patah pecah masuk lalu mencuri sarang burung di Jalan Oya Batu 21 sekitar pukul 8 malam tadi.

Tiga lelaki membawa senapang patah dan lain membawa objek tumpul.

Mereka menendang pintu rumah yang didiami dua pekerja Indonesia yang diupah untuk menjaga di situ.

Pekerja yang ketakutan terus melompat keluar dari tingkap sebelum berlari ke dalam hutan apabila melihat lelaki bertopeng berkenaan.

Kemudian mereka pergi menghubungi pemilik rumah mengenai rompakan yang berlaku sebelum memaklumkan kepada polis.

Dompet dan beberapa barang dimiliki pekerja Indonesia itu telah hilang dipercayai diambil perompak itu.

Mengikut tuan rumah, rumah sarang burungnya telah dipecah masuk sebanyak tiga kali tahun ini dengan semua sarang telah dicuri.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here