Remaja nyaris maut buat pengguguran haram

0
430

KUCHING: Selepas puas melempiaskan nafsu serakahnya ke atas kekasih bawah umurnya sehingga hamil, seorang lelaki dikatakan cuba membantu gadis itu menggugurkan kandungannya.


Perbuatan terkutuk itu terbongkar apabila gadis dari Kampung Buntal, Jalan Sultan Tengah itu mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak berikutan mengalami pendarahan yang teruk.

Seorang doktor yang merawat gadis yang tidak lagi bersekolah itu mendapati dia hamil dan cuba menggugurkan kandungannya sendiri.

Doktor tersebut kemudiannya membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan suspek berusia 20an tahun yang berasal dari Kampung Melayu Dit itu di sebuah rumah Kampung Sungai Lumut petang Ahad.

Dikatakan ibu bapa gadis itu tahu tentang apa yang telah terjadi tetapi hanya mendapatkan bantuan apabila anak mereka mengalami pendarahan yang teruk.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here