Mayat terapung dekat Kampung Hilir, Kanowit

0
426

KANOWIT: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Batang Rajang berdekatan Kampung Hilir Kanowit di sini pagi tadi.

Balai Polis Kanowit dalam laporan memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.10 pagi daripada orang awam memaklumkan penemuan mayat itu hanyut di Sungai Batang Rajang.

Susulan itu anggota polis begegas ke lokasi kejadian dan menjumpai mayat tersebut kira-kira 200 meter dari Kampung Hilir Kanowit.

Mayat telah dibawa ke Rumah Mayat Hospital Kanowit.

Pemeriksaan awal polis mendapati tiada kesan luka pada tubuh badan dan mayat dalam keadaan mulai mereput.

Setakat ini dapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku pada si mati.

Mayat didapati tiada memiliki identiti atau kad pengenalan diri.

Mayat itu didapati memakai baju kemeja T warna hijau tua dan memakai seluar jeans warna biru, berumur lingkungan 30an, kulit cerah dan mempunyai tatu bunga sebelah kanan atas bahu.

Si mati masih belum dikenal pasti dan punca kematian dipercayai lemas lebih daripada 48 jam yang lalu.

Mohon sesiapa yang kehilangan ahli keluarga, rakan atau ada maklumat mengenai orang yg terjatuh ke sungai dalam tempoh bebeapa hari ini, sila hubungi Balai Polis Kanowit atau ke Hospital Kanowit untuk pengecaman mayat.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here