9 tahun terpisah dari dunia

Hanya diketahui selepas seorang daripada lima belia melarikan diri

0
421
Rumah dipercayai tempat lima belia dan seorang lelaki tinggal terpisah dari dunia sejak 9 tahun lalu☝

BELANDA – Polis Belanda baru-baru ini menemukan seorang lelaki berusia 58 tahun dan lima belia tinggal dalam ‘kurungan, sempit’ pada kebun yang terasing di Drenthe, di sini dipercayai sejak 9 tahun lalu.

Lapor Oddity Central, mereka didakwa tidak pernah meninggalkan kebun itu dan menunggu bagi hari kiamat.

Penemuan mengejutkan itu dibuat selepas pemuda paling tua berusia 25 tahun dikatakan melarikan diri dari kebun itu dan pergi ke pub berdekatan Kampung Ruinerwold.

Pemilik Pub memberitahu, dia mendapati pemuda itu dengan janggut yang panjang dan kotor, baju lusuh dengan pandangan yang keliru minum lima botol bir.

Dia cuba berbual dengan pemuda itu yang menyatakan dia melarikan diri dari kebun itu selepas dikurung selama 9 tahun.

Polis kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati kawasan kebun itu seperti telah ditinggalkan namun mereka menemukan tangga tersembunyi dibelakang almari di ruang tamu yang membawa ke bilik kecil yang mana empat lagi pemuda bersama lelaki berusia 58 tahun berkenaan.

Lelaki dikenali sebagai Joseph B., merupakan tukang baiki dikalangan penduduk Ruinerwold.

Menurut Datuk Bandar, Roger de Groot antara lima belia lelaki dan perempuan berusia 18 ke 25 itu ada bukannya penduduk tempatan meskipun mendakwa Joseph merupakan bapa mereka.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here