Restoran hidangkan air kitar semula dari tandas

0
361

BRUSSELS – Bagi menyerlahkan sistem penulenan air kitar semula, sebuah restoran di Kuurne, Belgium mula melayani pelanggannya minuman air percuma penulenan dari sinki dan tandasnya.

Air yang dihidangkan di Restoran Gust’eaux ini sama dengan air minuman lain – ia tidak mempunyai bau, tiada rasa, tiada warna – jadi mustahil untuk mengetahui sumber air itu sebenarnya dari tandas restoran.

Melalui sistem pembersihan lima langkah yang kompleks, Gust’eaux dapat mengubah kumbahannya menjadi air yang sangat bersih sehingga ia perlu diperkaya dengan mineral tambahan sebelum dihidang kepada pelanggan.

Restoran Belgium itu tidak disambungkan ke sistem pembetungan bandar, jadi ia perlu menyelesaikan sendiri masalah kumbahannya.

Terima kasih kepada sistem kitar semula air unik ini, tandas dan air sinki pada awalnya “dibersihkan” dengan baja tanaman, selepas itu sebahagiannya dicampurkan dengan air hujan yang dikumpul dan digunakan untuk membersihkan tandas, sementara yang lain disalurkan melalui proses pembersihan bersiri yang menghasilkan air yang tidak dapat dibezakan daripada air paip.

“Air yang dihasilkan terlalu tulen untuk diminum, jadi kami menambah mineral untuk menjadikannya lebih sihat,” wakil Gust’eaux memberitahu saluran berita Belgium VRT News.

Restoran itu menawarkan air tandas dikitar semula kepada pelanggan dalam pelbagai bentuk – sebagai air minuman percuma, kiub ais atau air kopi.

Ia dilaporkan juga digunakan untuk pembuatan bir.

Menurut Sudinfo, sistem pembersihan air yang sama telah digunakan untuk menyediakan air minum kepada komuniti terpencil, tetapi ia tidak pernah lagi berlaku di Eropah sebelum ini.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here