Polis rampas 6 kilogram ketamin

0
1489

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki rakyat Indonesia di Tebedu kerana dipercayai menyeludup dadah jenis ketamin seberat 6 kilogram dengan anggaran nilai rampasan RM450,000.

Inspektor Bazli Bin Ahmad dari Batalion 11 PGA, Batu Kawa dalam satu kenyataan memberitahu, suspek yang sedang memandu kenderaan jenis Toyota Hilux dalam keadaan mencurigakan ditahan pada jam 10.30 pagi di hadapan pos kawalan Sempadan ICQS Tebedu Jalan Malaysia/Indonesia.

“Semasa pemeriksaan dijalankan pemandu kenderaan tersebut melarikan diri dan memasuki sempadan Indonesia. Saya terus menahan penumpang kenderaan tersebut dan terus buat pemeriksaan selanjutnya.”

“Hasil daripada pemeriksaan terhadap muatan yang dibawa oleh kenderaan tersebut telah memeriksa satu tong plastik bewarna hitam bertutup. Apabila dibuka, didapati ada enam paket aluminium foil yang disembunyikan,” katanya.

Pihak polis kemudian mengoyakkan sedikit salah satu paket tersebut dan hasil pemeriksaan mendapati paket tersebut mengandungi serbuk putih menyerupai tepung halus disyaki dadah jenis ketamin.

Suspek yang berusia 33 tahun kemudian ditahan bersama rampasan dan dibawa ke IPD Serian untuk tindakan selanjutnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here