Polis buru Raja Rimba

0
248

KUCHING: Polis sedang memburu pemilik akaun Facebook ‘Raja Rimba’ yang membuat ugutan bunuh terhadap Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerusi media sosial.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato’ Dev Kumar berkata, semalam suspek meletakkan status ‘I will kill u” bersama paparan gambar Taib di di page ‘NCR Sarawak’ di Facebook.

“Susulan itu, kakitangan Astana Negeri membuat laporan polis di Balai Polis Gita sekitar jam 10.15 pagi tadi.

“Beliau menambah, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan untuk kesalahan jenayah mengugut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan akses jaringan.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here