Peruntukan untuk Sarawak tidak mencukupi

0
425

KUALA LUMPUR – Sarawak yang mendapat peruntukan RM4.4 billion untuk perbelanjaan pembangunan tahun hadapan dilihat seperti besar namun hakikatnya ia tidak mencukupi.

Menurut Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie, justifikasinya mudah, Sarawak luas hampir sama dengan Semenanjung Malaysia jika ditolak negeri Perlis manakala Sabah jauh lebih kecil keluasannya berbanding negeri ini.

“Justeru itu, peruntukan RM4.4 billion ternyata tidak cukup untuk perbelanjaan pembangunan.

“Lebih-lebih lagi mengapa Sabah mendapat 5.2 billion. Apakah justifikasi ini?,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 yang bertemakan “ Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Kearah Kemakmuran Bersama” di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, Sarawak dalam kerangka menuju negeri maju pada 2020 sudah tentu mempunyai banyak perancangan khususnya dalam konteks memakmurkan taraf hidup rakyat di luar bandar dari segi infrastruktur asas, jalan raya, bekalan air, elektrik, jambatan dan sebagainya termasuk isu sekolah-sekolah daif dan pendidikan di Sarawak.

“Semua ini memerlukan peruntukan yang besar. Sebab itu ramai rakyat, dan pemimpin Sarawak memandang sinis terhadap belanjawan ini.

“Ini kerana sebagai negeri yang banyak menyumbang hasil kepada negara sepatutnya mendapat peruntukan lebih banyak,” jelasnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here