Lelaki maut kemalangan di Pulau Bruit

0
449

DARO – Seorang maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kampung Kut, Pulau Bruit dekat sini pagi ini.

Info dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, kejadian itu berlaku kira kira jam 8.29 pagi melibatkan dua kenderaan jenis Proton Saga Aeroback.

Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan dari orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Hamzah Saat, 48 dari Kampung Jemoreng, Matu , disahkan maut oleh pihak perubatan dan diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Empat orang mangsa yang cedera dibawa oleh ambulan dan kenderaan orang awam ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here