Asrama SMK Mukah hangus

0
513

MUKAH: Kesemua 168 orang penghuni asrama lelaki SMK Mukah terselamat apabila blok kediaman mereka terbakar.

Pihak Bomba menerima laporan kejadian pada jam 2.09 petang tadi.

Kebakaran berlaku di tingkat atas blok asrama lelaki.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.04 petang tadi dan menjejaskan 4 buah bilik di bahagian siling tingkat atas bangunan asrama melibatkan 20% dari keseluruhan blok asrama.

Kesemua penghuni asrama lelaki berjaya mengeluarkan diri dan tiada melibatkan sebarang mangsa.

Kerja-kerja overhaul dijalankan untuk memastikan tiada lagi punca-punca api dan keselamatan kepada penghuni asrama sekolah tersebut.

Operasi pemadaman yang diketuai Hj Abd Rasit Bin Hj Morni tamat sepenuhnya pada jam 3.16 petang tadi.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here