Sarawak eksport makanan ringan

0
523

KUCHING: Kerajaan Sarawak dalam usaha meningkatkan eksport produk makanan dan asas tani ke Singapura selain negara China.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, terbaharu produk keropok pisang yang akan dieksport ke sana dalam masa terdekat.

“Ini merupakan produk kedua yang dieksport ke Singapura selepas pelancaran Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATOS) di Singapura oleh Ketua Menteri Sarawak, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 16 Ogos lalu.”

“Kejayaan ini membuktikan STATOS membuahkan hasil dalam membantu usahawan-usahawan tempatan menembusi pasaran antarabangsa seperti Singapura dan China,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Eksport Keropok Pisang Banana Bee ke Guangzhou, China di Pelabuhan Senari, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak menambah, kejayaan ini membuktikan usahawan tempatan mampu menghasilkan produk makanan yang berkualiti, berdaya saing dan mampu menembusi pasaran luar negara.

Beliau berharap kejayaan ini dijadikan contoh kepada usahawan tempatan yang lain untuk berusaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan bagi memastikan produk mampu memenuhi piawaian pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Justeru mulai tahun hadapan kementerian akan menumpukan usaha membimbing usahawan yang berpotensi memasarkan produk mereka melalui latihan dan kursus,” katanya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here