Rumah dilanggar tongkang

0
732

SIBU – Seorang wanita mengandung terselamat apabila rumah sewa yang didiami keluarga beliau rosak akibat dilanggar sebuah tongkang.

Mangsa, Sumui Binti Hamzah, 40, sedang berada di dalam tandas apabila kejadian itu berlaku jam 9.30 pagi tadi.

Sumui, yang mengandung tujuh bulan mempunyai tiga orang anak. Beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumui berlari keluar dari tandas apabila terdengar dentuman dan rumahnya bergoyang.

Beliau terkejut apabila rumahnya sudah dirempuh sebuah tongkang.

Semasa kejadian, suami Sumui sedang berada di tempat kerja.

Mereka sudah menyewa di Kampung Hilir Sibu selama 2 tahun.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here