Mayat dikat bata mangsa bunuh, Dev

0
556

KUCHING – Polis telah menahan seorang wanita warganegara Indonesia berhubung kes penemuan mayat diikat 12 biji batu bata baru baru ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar berkata wanita itu ditahan untuk mengetahui di mana saspek kes itu kini berada.

Polis kini sedang cuba menjejaki empat orang saspek yang dipercayai sudah melarikan diri dari Sibu.

“Kami mempunyai alasan yang kukuh untuk mempercayai mereka sudah lari ke negara asal,” kata Dev.

Dev berkata ada saksi melihat pergaduhan berlaku namun mereka tidak menyaksikan mayat si mati dicampakkan dari kapal.

“Kami percaya pergaduhan berlaku di atas kapal ketika mereka berlabuh di Belawai pada malam 9 Oktober,” tambah Dev.

Post mortem akan diadakan pada 22 Oktober dan polis berharap untuk mengetahui punca kematian mangsa selepas bedah siasat dilakukan.

Kes ini kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh kerana ada saksi mendedahkan tentang berlakunya pergaduhan, kata Dev.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here