Rogol: Datuk direman 7 hari

0
470

LUNDU – Seorang datuk berusia 71 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan cucunya sendiri di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Inspektor Kumbat Tan berkata, sebelum ini suspek ditahan di sebuah perkampungan Melayu di sini kerana disyaki merogol cucunya yang berusia 10 tahun.

Penahanan itu dibuat susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya selepas mangsa mengadu kepada gurunya semasa di sekolah, Isnin lalu.

“Mangsa menceritakan kejadian rogol tersebut kepada gurunya di sekolah dan pihak guru telah memaklumkan kejadian tersebut kepada ibu mangsa.”

“Ibu mangsa yang tidak tahu tentang insiden itu kemudian bertanya semula kepada anaknya yang menjawab bahawa datuknya telah merogolnya sejak Januari dan terakhir pada September lepas,” katanya.

Mangsa yang diiringi ibunya kemudian tampil membuat laporan polis berhubung kejadian.

Bertindak atas laporan tersebut, suspek yang merupakan bapa kepada ibu mangsa telah ditangkap untuk siasatan lanjut.

Manakala mangsa telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan.tamat

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here