Polis Marin rampas 1000 liter diesel

0
366

SARIKEI – Markas Taktikal Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 (W5) Sarikei menahan seorang lelaki bersama 1,000 liter minyak diesel tanpa dokumen kebenaran bernilai RM52,200 di Jalan Repok di sini pagi tadi.

Komander PPM W5 Sarawak, Asisten Komisioner Polis Shamsol Kassim berkata, Unit Risikan PPM W5 Sarikei telah menahan suspek warga tempatan dan memeriksa pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu sekitar pukul 6.10 pagi.

“Pemeriksaan menemukan lima tong berwarna biru diisi dengan minyak diesel kuantiti dianggarkan lebih kurang 1000 liter.

“Pemandu gagal mengemukakan sebarang bukti pembelian atau dokumen kebenaran membawa minyak berkenaan,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Tambahnya, pemandu dan kenderaan itu kemudiannya ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah AKTA KAWALAN BEKALAN 1961 kerana memiliki barang kawalan berjadual tanpa kebenaran.

“Kes diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sarikei untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here