Cuba sembunyi bangkai gajah dengan lidi?

0
348

KUALA LUMPUR – DAP didakwa terus menipu dan berfikir bahawa ‘raykat’ Malaysia adalah tidak bijak meskipun terbongkarnya penyebaran propaganda komik parti itu berunsur politik ketika ini.

Bukan itu saja, komik itu juga menyebut tentang perjuangan komunis di negara diedarkan secara percuma kepada semua sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah jenis kebangsaan.

Memetik hantaran akaun Najib Razak dalam Facebooknya semalam, ‘raykat’ akan percaya muzium dan komik itu langsung tidak ada kaitan dengan kerajaan Pulau Pinang dan DAP.

“Seperti RAYKAT tetap percaya bahawa komik itu langsung tidak ada unsur propaganda politik serta tidak menyebut komunisme atau mempromosikan parti DAP walaupun ianya jelas tertulis dalam kandungan komik.

“Usaha cuci tangan daripada DAP sudah bermula. Sudah biasa untuk DAP cuci tangan setelah terkantoi,” jelas hantaran itu.

Tambahnya, kali ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow juga menafikan ada sebarang kaitan antara kerajaan Pulau Pinang serta parti DAP dengan muzium dan komik berkenaan.

Bagaimanapun, hantaran akaun Najib Razak mempersoalkan penafian yang dibuat dengan menyenaraikan pernyataan bersama kaitan laporan berita seperti berikut:

1. Kerajaan Pulau Pinang dan Ketua Menteri adalah di bawah parti DAP.

2. Kandungan komik tersebut banyak mempromosikan parti DAP serta pemimpin-pemimpin mereka.

3. Laman web Museum itu mengaku ianya satu usaha kerajaan Pulau Pinang. “The Penang-Asia Comic Cultural Museum (PACCM) is one of the many-pronged strategies implemented by the Penang State government”http://paccm.com.my/

4. Museum ini dirasmikan oleh boss DAP Lim Guan Eng tiga tahun dahulu di mana Bulletin Mutiara, iaitu lidah rasmi kerajaan Pulau Pinang, mengaku museum itu merupakan usaha kerajaan Pulau Pinang: https://www.facebook.com/pg/buletinmutiara/photos/?tab=album&album_id=13218415711666235. CEO agensi kerajaan negeri Pulau Pinang, Penang Youth Development Corporation (PYDC) juga mengaku muzium itu adalah projek kerajaan Pulau Pinang. https://www.malaymail.com/news/life/2016/03/27/the-serious-business-of-comics-at-asia-comic-cultural-museum/10877396. Superman Hew Kuan Yau dilantik sebagai kurator iaitu boss museum itu sejak ianya ditubuhkan sehingga kini.

Walaupun dikatakan telah “meninggalkan” parti DAP pada tahun 2001 apabila dia tegas dengan kenyataan dia bahawa Laut Cina Selatan adalah milik negara China, Hew Kuan Yew merupakan penceramah terunggul DAP sehingga hari ini.

7. Pada awal tahun ini, Kuan Yew juga dilantik oleh Duta Khas Malaysia ke China Tan Kok Wai yang juga pengerusi DAP sebagai CEO agensi kerajaan yang menjaga perdagangan dua hala antara negara China dengan Malaysiahttps://www.msn.com/en-my/news/national/bekas-ahli-dap-kontroversi-dilantik-ceo-majlis-perniagaan-china-malaysia/

8. Ketua Menteri Chow Kon Yeow juga mengaku bahawa kerajaan Pulau Pinang memberi peruntukan kepada museum itu tiap-tiap tahun sejak ianya ditubuhkan. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/10/17/no-links-between-dap-and-penang-based-comic-museum-says-chief-minister/1801145

Jelas hantaran akaun itu lagi, meskipun dengan laporan-laporan berita pun DAP masih mampu menipu.

“Bagaimanapun, saya percaya bukti yang saya kemukan dalam hantaran ini tidak akan dilapor oleh media arus perdana.”Hanya penafian DAP yang akan dilapor,” ujarnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here