Polis tangkap 3 lelaki, selesaikan 70 kes jenayah

0
442

KUCHING – Pada 15 Oktober 2019, satu pasukan gabungan anggota Jabatan Siasatan Jenayah dari IPK Sarawak, IPD Kuching, IPD Padawan dan IPD Kota Samarahan telah mengadakan suatu.

Operasi Khas di sepanjang Jalan Kuching/Serian Road berjaya menangkap 3 lelaki berumur antara 33 – 42 atas kesalahan mencuri kenderaan.

Dalam operasi itu, polis telah menahan dua buah kereta dan beberapa sistem alat penggera kereta, telefon bimbit serta kelengkapan pecah rumah dan curi kenderaan.

Siasatan awal polis mendapati mereka terlibat dengan aktiviti pecah rumah dan curi kenderaan di Kuching, Padawan dan Kota Samarahan.

Polis percaya tangkapan tiga penjenayah itu dapat menyesaikan 40 kes pecah rumah dan 30 kes curi kenderaan.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here