Peniaga Sibu terpedaya penipuan telefon, rugi RM27,000

0
283

SIBU – Seorang ahli perniagaan di sini kerugian RM20,000 dalam penipuan telefon dengan RM7,000 dibelanjakan penipu daripada kad kredit dimilikinya baru-baru ini.

Kejadian tersebut bermula selepas lelaki berusia 40an itu menerima panggilan telefon yang mendakwa dari bank bagi memaklumkan bahawa dia berhutang banyak wang yang masih belum dibayar pada 11 Oktober lalu.

Pemanggil itu menyatakan kad kredit mangsa telah digunakan di Johor namun dinafikan dia memiliki sebarang kad kredit dengan bank yang dikatakan penipu berkenaan.

Seterusnya, pemanggil meminta diberikan pin nombor akaun banknya agar dapat membantu memindahkan wang ke tempat lain atau mangsa akan kehilangan semua wangnya.

Mangsa terpedaya dan memberikan nombor pin akaun bank dimiliki dan kemudian mendapati duit dalam akaun dimiliki telah dikeluarkan dan kad kredit atas namanya telah digunakan.

Sehubunban itu, mangsa pergi membuat laporan di Balai Polis Sentral Sibu, hari ini.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here