Mayat diikat lebih 10 batu-bata

0
3078

SIBU – Satu mayat lelaki yang diikat dengan lebih 10 batu-bata pada leher dan pinggang ditemukan di sebuah jeti persendirian di Jalan Lanang pada pukul 6 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, mayat tersebut ditemukan tersangkut berhampiran kapal mengisi petrol oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan.

“Mayat itu mempunyai tatu pada kedua bahunya dan tidak mempunyai sebarang baju namun hanya berseluar panjang.

“Polis sedang cuba mengenal pasti mayat itu disamping tiada sebarang laporan kehilangan orang diterima kebelakangan ini,” katanya.

Tambahnya, pasukan bomba juga sedang cuba menaikkan mayat itu namun menghadapi kesukaran ekoran keadaan hujan lebat.

“Polis juga telah berada di lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut,” ujarnya.

Mayat akhirnya berjaya diangkat bersama batu-bata dan dihantar ke rumah mayat hospital besar Sibu untuk bedah siasat.

“Mayat belum dikenalpasti. Kita menunggu hasil bedah siasat,” katanya lagi.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here