Abang Jo lawat KM Sabah

0
321

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie bin Haji Apdal di pejabat Ketua Menteri Sabah di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, di sini.

Mereka mengadakan pertemuan empat mata dan kemudian diikuti oleh perbincangan antara pihak Kerajaan Sabah dan rombongan Sarawak.

Lawatan Ketua Menteri Sarawak merupakan lawatan balas kepada lawatan Ketua Menteri Sabah ke Kuching awal tahun ini.

Ahli-ahli rombongan Sarawak termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Amar Haji Mohd Asfia Awang Nassar, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing and Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion, Peguam Besar Sarawak, Datuk Mohamad Talat bin Mahmood and Timbalan Setiausaha Kewangan, Datu Wan Liz Othman.

Kemudian, kedua-dua Ketua Menteri mengadakan sidang akhbar bersama.

Esok, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari, yang ditemani oleh isteri, Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang akan mengadakan kunjungan serupa terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin di Pejabat Yang di-Pertua Negeri, Istana Negeri, di sini.

Datuk Patinggi Abang Haji Zohari juga akan mengadakan kunjungan hormat terhadap mantan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Sakaran bin Dandai di kediaman beliau sebelum kembali ke Kuching.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here