Kilang dan kuarters STP musnah

0
447

SIBU – Pekerja STP Jalan Lanang kehilangan segala barangan mereka selepas kilang dan kuarters itu terbakar di sini pagi tadi.

Menurut salah seorang pekerja, ketika kejadian mereka semua sedang bercuti sejak seminggu lalu menyebabkan tiada kakitangan yang tinggal dalam kuarters berkenaan.

Katanya, dia sudah bekerja di sana sejak anaknya berusia 4 tahun hingga kini sudah tingkatan 4.

Dia menerima panggilan telefon daripada kawan sekitar pukul 3.30 pagi tadi memaklumkan kebakaran itu.

“Setibanya di kuarters kami ia sudah pun terbakar termasuk motosikalnya,” katanya.

Dalam pada itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, pihaknya menerima maklumat kebakaran pada pukul 3.42 pagi.

“Pasukan bomba terus digerakkan dan api berjaya dikawal daripada merebak ke kilang berhampiran pada pukul 4.10 pagi.

“Kebakaran itu melibatkan sebuah kilang struktur tidak kekal yang masih beroperasi membuat papan lapis,” ujarnya.

Tambahnya, sehingga kini pihak bomba masih menjalan operasi pemadaman.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here