Penduduk resah akibat tanah runtuh

0
260

BETONG: Penduduk Rumah Andoh Chupong, Nanga Graji dekat sini resah apabila tanah bahagian belakang rumah mereka runtuh.

Pegawai Operasi, Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Betong, PBK1 Henry Jugah memberitahu rumah panjang 22 pintu itu mengalami runtuhan tanah di tujuh pintu yang terlibat akibat hujan lebat yang turun sejak seminggu yang lalu.

“Kami menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.20 pagi yang memberitahu tentang runtuhan tanah yang berlaku dibelakang rumah panjang terbabit.

“Pasukan kami bergerak kelokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 11.36 pagi yang mana rumah sejauh 9 kilometer dari BBP Betong.

“Setibanya pasukan bomba ditempat kejadian mendapati tanah runtuh berhampiran dengan tujuh pintu rumah panjang tersebut setinggi 15 kaki.

Bomba bertindak memantau kawasan terlibat dan memeriksa sebarang pergerakan runtuhan tanah dari berlaku dan berterusan.

Dalam pada itu, pihak bomba menasihat Tuai Rumah Andoh bersama penduduknya untuk menutup tanah runtuh tersebut menggunakan kanvas dan sekiranya tanah runtuh berulang agar pihak rumah panjang menghubungi pihak bomba untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Layar, Gerald Rentap Jabu turut berkesempatan meninjau ke lokasi kejadian dan menasihat penduduk agar berhati-hati dan bertindak segera jika berlaku sebarang kejadian.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here