Lelaki di Kapit ditahan bersama ratusan bahagian hidupan liar

0
5598

KUCHING – Seorang lelaki ditahan bersama ratusan bahagian hidupan liar termasuk paruh dan bulu burung enggang, merak dan hempedu beruang dalam serbuan di Kapit, Sabtu lalu.

Menurut Pengerusi Sarawak Forestry Corporation (SFC), Datuk Len Talif Salleh, serbuan tersebut dilakukan pada sebuah premis di sini merampas antaranya 148 paruh dan 152 bulu burung enggang; 192 bulu burung merak; 183 hempedu beruang, 96 duri landak, 16 cengkerang landak, enam tanduk rusa serta tiga tanduk kijang selain beberapa bahagian lain hidupan liar yang belum dikenal pasti.

‚ÄúSeorang suspek lelaki berusia 56 tahun ditahan sama dan ketika ditangkap, dia cuba memberi suapan RM10,000 supaya tidak dikenakan tindakan,” katanya ketika berucap merasmikan Bengkel Pemerdagangan Hidupan Liar Secara Haram di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, empat lagi kes membabitkan penjualan hidupan liar, SFC turut merampas 35 kilogram daging penyu, bulu burung merak, tanduk rusa dan kijang termasuk tengkorak beruang di Pasar Teresang, Kapit.

Tambahnya, rampasan bahagian hidupan liar itu bagi kegunaan tempatan kerana ia dijual di pasar di sana.

Katanya, ada bahagian yang dipasarkan ke luar negara seperti hempedu beruang yang dicari bagi kegunaan perubatan tradisional.

Dalam soalan lain, Len Talif memberitahu, tiada hubungan dikesan setakat ini antara suspek dan sindiket antarabangsa.

Bagaimanapun katanya, penting bagi Sarawak untuk meningkatkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pemerdagangan hidupan liar haram sebelum ia menjadi besar.

“Kita perlu sentiasa bersedia untuk mencegah pemerdagangan hidupan liat terutama di sepanjang sempadan Sarawak-Kalimantan yang sangat luas.

“Kita perlu mencegah sebarang jualan hidupan liar kita ke luar,” jelasnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here