Utusan Malaysia dan Kosmo! henti operasi

800 kakitangan diberhentikan

0
586
Suasana suram di pejabat Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR – Syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad menghentikan operasi akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! hari ini disamping sekitar 800 kakitangannya diberhentikan berkuat kuasa 31 Oktober nanti.

Pengerusi Eksekutif, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata, syarikat juga telah berusaha dengan menjual aset-aset syarikat dan kumpulan untuk menampung modal dan mendapatkan aliran tunai yang mencukupi.

Baimanapun katanya, edaran harian
akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo yang semakin menurun dan sasaran RM4 Juta iklan sebulan yang gagal dicapai menyebabkan aliran tunai Utusan semakin tenat.

“Bukan sahaja gaji pekerja gagal dibayar mengikut masa, malah hutang juga tidak dapat dijelaskan dan semakin tertunggak malah syarikat kini berhadapan dengan pelbagai tindakan perundangan daripada pemiutang-pemiutang.

“Lembaga Pengarah Utusan semalam meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang dan seterusnya meluluskan pelantikan UHY Advisory (KL) Sdn Bhd sebagai Pelikuidasi Interim

“Langkah ini terpaksa diambil oleh kerana Lembaga Pengarah berpendapat bahawa Syarikat tidak lagi solven untuk meneruskan perniagaan,” katanya dalam edaran memo kepada kakitangan sebentar tadi.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, tarikh akhir bekerja kakitangan telah ditetapkan pada hari ini manakala tarikh akhir perkhidmatan pada Khamis, 31 Oktober nanti.

Tambahnya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat melalui tempoh perniagaan yang paling kritikal sejak mula beroperasi 80 tahun yang lalu.

“Keadaan syarikat semakin merosot selepas Mei tahun lalu dan pelbagai usaha telah dilaksanakan dengan harapan untuk meletakkan syarikat kepada kedudukan yang lebih kukuh dan terjamin,” ujarnya.

Menurutnya, antara langkah yang diambil ialah menawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang menyaksikan lebih 700 kakitangan melepaskan Jawatan
mereka.

“Ini merupakan pemberhentian kerja berskala besar yang terpaksa dilakukan bagi kelangsungan syarikat,” jelasnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here