Peralatan telekomunikasi musnah

0
341

SIBU – Tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang mencuri peralatan dan kabel stesen Celcom di Bawang Assan menyebabkan pengguna telekomunikasi di kawasan itu terjejas.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, beliau dimaklumkan kotak telekomunikasi dibuka dan dimusnahkan manakala semua kabel di dalam turut dicuri untuk dijual.

Beliau berkata, setakat ini tiada laporan polis dibuat namun pihak polis sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Difahamkan, sebulan lalu penduduk rumah panjang mengadu mereka tidak dapat menggunakan talian Celcom dan menganggap ada msalah talian.

Mereka hanya tahu masalah berpunca daripada kerosakan dan kecurian kabel selepas menerima pesanan mesej daripada Celcom semasa berada di kawasan bandar.

Menara tersebut terletak kira-kira 500 meter dari rumah panjang.

Selain kerosakan dan kotak kabel yang musnah, sekurang-kurangnya lima kawasan pagar di kawasan menara itu turut dipotong.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here