Sarawak tidak boleh laksanakan cukai produk petroleum, kata pakar

0
252

KUCHING: Langkah Sarawak mengenakan cukai jualan lima peratus terhadap produk petroleum mungkin menimbulkan masalah kerana kerajaan hanya boleh mengenakan cukai ke atas barangan di bawah senarai negeri Perlembagaan Persekutuan.

Pakar undang-undang perlembagaan Shad Saleem Faruqi berkata, produk petroleum dinyatakan dalam senarai persekutuan di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan.

Ini berikutan pertikaian antara Petronas dan Sarawak atas hak negara untuk mengenakan cukai jualan ke atas produk petroleum di bawah Artikel 95B (3) Ordinan Perlembagaan Persekutuan dan Cukai Jualan 1998.

“Petronas memberitahu Sarawak boleh memperoleh kuasa untuk mengenakan cukai jualan tetapi hanya atas perkara yang dinyatakan dalam senarai negeri.”

“Produk petroleum dalam senarai persekutuan. Oleh itu, apa-apa peraturan atau urusan produk petroleum juga di tangan persekutuan,” katanya semasa ceramah “The Spirit of the Malaysia Agreement 1963 (MA63) in our Constitution” di sini semalam.

Katanya, kerajaan boleh mengenakan cukai jualan hanya untuk item dalam senarai negeri seperti ekonomi/bisnes, harta karun, pertanian, hutan, pasar dan pameran, teater, panggung wayang, tempat hiburan, kura-kura dan aktiviti perikanan sungai.

Shad menambah, pada 1963, petroleum dan gas bukan isu yang penting.

“Saya fikir peguam dari Sabah dan Sarawak pada masa itu menghampakan rakyat, Namun ekdua-dua negeri boleh meminta kerajaan persekutuan untuk merundingkan semula perkara ini,” katanya.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah dilaporkan berkata akan terus meminta Petronas membayar cukai jualan 5% ke atas eksport produk petroleum dan petroleum Sarawak.

“Tuntutan cukai ke atas minyak dan gas tersebut adalah mengikut Perlembagaan Malaysia dan Sarawak mempunyai hak untuk melaksanakannya.”

“Saya akan terus berjuang untuk memastikan Petronas membayar cukai itu. Di bawah undang-undang kami (Ordinan Perlombongan Minyak), Petronas terpaksa membayar cukai jualan,” katanya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here