Pastikan filem Bruno Manser kongsi keuntungan

0
201

MIRI – Setiap projek melibatkan kaum Penan di Sarawak yang mendatangkan keuntungan sama ada dalam dan luar negara perlu memberi manfaat kepada kaum itu.

Setiausaha Agung Sarawak untuk Perlindungan Hak-hak Penduduk Orang Asal (SCRIPTS) Michael Jok berkata, kaum Penan tidak harus digunakan atau dikomersialkan demi mengaut keuntungan pihak tertentu.

Beliau memberi contoh terbaharu, penerbitan filem antarabangsa yang memaparkan kehidupan dan perjuangan kaum Penan dalam melindungi hutan daripada pembalakan.

“Persoalan utamanya, adakah duit hasil kutipan filem itu memanfaatkan kaum Penan? Perkara ini harus jelas.

Filem ini hanya baik jika ia memanfaatkan Penan,” katanya dalam satu kenyataan.

Michael mahu penerbit menjelaskan sama hasil kutipan filem itu digunakan untuk memperbaiki taraf hidup Penan di sini.

Filem yang dihasilkan di hutan utara Sarawak itu ditayangkan pada September 28 semasa Festival Filem Antarabangsa Zurich di Switzerland.

Filem yang bertajuk Paradise War, The Bruno Manser Story ditayangkan di khalayak penonton antarabangsa, menurut Yayasan Bruno Manser.

Filem bernilai RM25.1 juta atau US$6 juta itu menampilkan dua pelakon Penan iaitu Nick Kelesau dan Elizabeth Ballang.

Manakala watak Bruno Manser dilakonkan oleh aktor Switzerland, Sven Schelker, 29.

Setakat ini filem tersebut belum ditayangkan di Malaysia.

Manser, salah seorang pengasas Bruno Manser Fund, tinggal bersama masyarakat Penan di Sarawak dari 1984 hingga 1990 dan aktif membantu kaum itu menentang pembalakan.

Kali terakhir Bruno Manser dilihat ialah pada Mei 2000 di Miri sebelum masuk ke hutan.

Ada sumber mengatakan dia pergi berjumpa Penan di Batu Lawi berhampiran sempadan Sarawak Kalimantan sebelum hilang dan dianggap meninggal dunia.

Hampir 20 tahun selepas kehilangan, kisah Bruno Manser masih relevan sehingga sekarang.Ujar Michael, filem tersebut perlu memaparkan situasi dan perjuangan sebenar kaum Penan.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here