Lelaki tinggalkan seluar dalam selepas curi pakaian orang gaji

0
504

KUCHING -Tindakan pelik seorang lelaki yang menceroboh sebuah rumah lalu mencuri dan memakai pakaian pembantu rumah berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Rakaman antara jam 9 malam hingga 11 malam di sebuah rumah di Jalan Ensing Timur, Stapok itu memaparkan suspek memanjat pagar kemudian berjalan di sekitar rumah tersebut.

Dia kelihatan mencuri pakaian pembantu rumah kemudian memakainya, manakala seluar panjang, seluar dalam dan stokin miliknya ditinggalkan di rumah itu.

Kemudian suspek tidur di taman selama dua jam sehingga pemilik rumah tersedar selepas anjing mereka menyalak.

Menurut perkongsian pemilik rumah di media sosial hari ini, mereka melihat melalui CCTV lelaki itu berlari ke arah pagar dan memanjat untuk keluar.

Dia turut menasihatkan penduduk di kawasan Stapok agar berwaspada kerana khuatir suspek terus berkeliaran dan menggangu keselamatan orang awam.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here