32 Setiausaha Politik angkat sumpah

0
600

KUCHING: Seramai 32 termasuk seorang muka baharu dilantik Setiausaha Politik oleh Ketua Menteri dalam majlis angkat sumpah yang diadakan di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, hari ini.

Muka baharu itu ialah Fung Kok Shiun @ Brian Fung dari Parti Demokratik Progesif (PDP)

Majlis angkat sumpah itu diadakan di hadapan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan menteri-menteri kabinet yang lain di Bilik Mesyuarat Utama Wisma Bapa Malaysia.

Turut dilantik semula Abu Seman Jahwie, Kenil Jaraiie, Victor Temenggong Angang, Romeo Christopher Tegong, Maurice Joannes Giri, Buang Bolhassan, Sharkawi Suhaili, Julani Mohktar, Petrus Igat Mathias, Dr Richard Rapu, Michael Mujah Lihan, Kaunselor Tapah Ata, Charles Balan Seling, Abdul Samat Gany, Dr Simon Sinang Bada, Jenny Bangga, Fridah Osman, Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim dan Susan Chemerai Anding dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Dua wakil PDP iaitu Alexander Asing Sadai dan Robert Ayu manakala lima lagi dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) iaitu Dato Sri Doris Sophia Brodie, Nicholas Kudi Jantai, Edwin Banta, Charles Chad Nissom dan Beatrice Kedoh Tajang.

Manakala wakil Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) ialah MIchael Tiang Ming Tee, Tan Kai, Teng Ung Woo, Daniel Bujai dan Soo Li Ching.

Pelantikan mereka berkuat kuasa untuk tempoh 15 bulan bermula 1 Oktober 2019 hingga 31 Disember 2020.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here