Wanita dibebas tuduhan subahat bunuh suami

0
372
Tertuduh tiba di mahkamah diiringi pegawai keselamatan
Peguam dan bapa tertuduh

KUCHING – Selepas tujuh tahun merengkok di dalam penjara, Ling Hang Tsyr akhirnya dibebaskan selepas Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa dia tidak bersubahat membunuh suaminya, Wong Jing Kui.

Keputusan sebulat suara itu dibuat Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Suraya Othman dan Datuk Kamaludin Md Said yang mengetepikan sabitan dan hukuman Hang Tsyr selepas menemukan lompang dan tiada bukti kukuh digunakan terhadap wanita itu.

“Semua bukti hanya dikemukakan berdasarkan keterangan keadaan dan tiada bukti kukuh menunjukkan tertuduh merancang pembunuhan ini bersama Andrew,” jelas Zabariah ketika membacakan keputusan di mahkamah semalam.

Zabariah memberitahu, panel menemukan tiada bukti langsung rancangan awal atau niat sama antara Hang Tsyr dan Hoe Ing untuk membunuh mangsa atau sebarang kaitan antara mereka.

Hakim juga merumuskan bahawa tidak selamat untuk menyabit Hang Tsyr bagi dakwaan subahat.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi Sibu, Datuk Norcahaya Arshad telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Hang Tsyr pada 27 Oktober 2017 selepas dia didapati bersalah serta bersubahat dalam pembunuhan tersebut.

Tiong bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dikesan.

Kedua-dua tertuduh juga didakwa bersubahat dengan seorang pembunuh upahan, juga pesalah utama, Ling Hoe Ing, 30.

Bagaimanapun, Hoe Ing didakwa mengikut tuduhan alternatif iaitu Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan menyebabkan kematian tanpa niat untuk membunuh.

Dia kemudiannya menjalani hukuman penjara 16 tahun selepas mengaku bersalah pada 1 Oktober 2013.

Hang Tsyr diwakili peguam Roger Chin dan Lim Heng Choo serta prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here