Rumah kontraktor dilempar mercun

0
263

SIBU – Rumah seorang kontraktor di Jalan Tekam di sini dilempar dengan mercun dalam kejadian tengah malam semalam.

Menurut mangsa, 70, kejadian itu disedari apabila terdengar bunyi dentuman kuat dari bahagian tempat letak kereta di hadapan rumah.

Sebaik sahaja keluar, mangsa melihat seorang melemparkan mercun ke tempat letak kereta.

Dalam kejadian itu mujurlah keretanya tidak terbakar.

Menurut mangsa, dia melihat dua buah motosikal beredar meninggalkan halaman rumah.

“Ini merupakan kali ketiga saya diganggu oleh orang tersebut. Saya tidak pernah mengganggu orang dan tidak tahu mengapa mereka berbuat demikian,” katanya.

Bimbang dengan insiden itu, dia membuat laporan polis di sini.

Ini merupakan kali ketiga dia diganggu, kali pertama pada penghujung Mac dan kali kedua awal April lalu.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here