Sarawak tuntut kuasa autonomi kesihatan

0
331

KUCHING – Kerajaan Sarawak terus menuntut kuasa autonomi terhadap pentadbiran dan lebih banyak peruntukan penjagaan kesihatan daripada Kerajaan Persekutuan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, kuasa autonomi ini membolehkan negeri membuat keputusan berhubung perkara kesihatan seperti lokasi membina hospital dan jumlah pakar yang diperlukan.

“Konsep nasional dalam membuat keputusan perkara ini tidak dapat digunakan di Sarawak memandangkan saiz Sarawak menyamai Semenanjung Malaysia, sedangkan populasinya kecil dan berteraburan.”

“Sebagai contoh, jika kamu memandu dua jam di Lebuh Raya Utara Selatan, kamu akan sampai di hospital besar. Namun jika memandu dua jam di Sarawak, kamu belum sampai ke bandar lain,” katanya kepada media selepas merasmikan pembukaan Persidangan Saintifik Kebangsaan Ke-30 Institut Sains Makmal Perubatan Malaysia di sebuah hotel dekat sini hari ini.

Sim menambah, dengan adanya kuasa autonomi terhadap pentadbiran dan penjagaan kesihatan, kerajaan dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Beliau menambah, perkara autonomi pentadbiran dan peruntukan itu dibangkitkan semasa perbincangan dengan Kementerian Kesihatan dibawah Perjanjian Malaysia 1963 minggu lepas.

Dalam perkembangan lain, Sim mahu jumlah pakar dalam bedah saraf dan bedah ortopedik ditambah khususnya apabila Lebuh Raya Pan Borneo siap pada 2021.

Kata beliau, justeru kita perlukan lebih banyak peruntukan dan doktor pakar di sepanjang laluan lebuh raya ini nanti.

“Kita tidak perlukan hospital yang terlalu besar seperti di Semenanjung. Namun jumlah hospital perlu ditambah dan mempunyai perkhidmatan doktor pakar untuk memberikan rawatan yang terbaik kepada rakyat di seluruh Sarawak,” katanya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here