Jambatan Batang Lupar sedang direka bentuk

0
217

KUCHING – Jambatan Batang Lupar kini dalam peringkat reka bentuk sebelum tender pembinaanya dikeluarkan penghujung tahun ini.

Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur Datuk Julaihi Narawi berkata, projek pembinaan sepanjang 5.1 kilometer itu telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini (Barisan Nasional) dengan pembiayan perkongsian 50-50 peratus.

Beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) yang kini menerajui kerajaan persekutuan tidak mengutamakan projek itu menyebabkan kerajaan negeri membiayai sepenuhnya projek itu dengan kos RM1 bilion.

“Walaupun dana sudah dipotong, untuk rakyat kerajaan negeri dibawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meneruskan projek pembinaan jambatan ini menggunakan dana yang kita ada,” tegasnya pada majlis pelancaran Dewan Masyarakat Kampung Lutong Sebangan dan GPS Kampung Lutong Sebangan di Sebuyau, semalam.

Justeru, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau menggesa rakyat agar terus memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri.

Katanya, GPS terdiri daripada parti politik tempatan dan memahami keperluan rakyat di negeri ini, jadi rakyat sepatutnya mempunyai kepercayaan terhadap GPS.

Hadir sama Pegawai Daerah Simunjan Abdul Khalid Manap dan Pegawai Tadbir Sarawak dari Daerah Sebuyau Ajis Ahmad.tamat

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here