5 rumah hangus

0
364

KUCHING: Tujuh keluarga dari lima buah rumah di Kampung Sungai Bedil dekat sini hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya Azaharul Sahari yang juga Komander Operasi berkata, kebakaran bermula dari rumah tengah sebelum merebak ke rumah lain.

Beliau berkata, mereka menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar ja. 3.10 petang tadi sebelum pasukan dari tiga BBP, Petra Jaya, Tabuan Jaya dan Padungan melibatkan 23 anggota digerakan ke lokasi kebakaran.

“Kita telah sempat menyekat api daripada terus merebak kerana keadaan rumah terlalu dekat antara satu sama lain selain angin yang kuat.”

“Kebakaran itu menyebabkan empat rumah musnah 100 peratus manakala sebuah lagi musnah 80 peratus,”katanya sambil menambah kesemua penghuni ada di rumah dan sempat keluar untuk menyelamatkan diri.

Setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here