Sarawak tambah makmal STEM

0
415
rpt

KUCHING – Kerajaan Sarawak akan memperluas program makmal pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) ke sekolah di bahagian lain seluruh negeri mulai tahun depan.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, sehingga kini projek perintis yang dilaksanakan menunjukkan hasil yang positif daripada pelajar.

“Setakat ini kita sudah ada 10 makmal di sekolah di Saratok, Kuching Lawas dan Limbang.”

“Melalui pembukaan lebih banyak makmal, para pelajar dan komuniti tempatan dapat mendalami STEM dan teknologi digital sekaligus menyediakan mereka dalam dunia digital,” katanya kepada media selepas merasmikan Karnival STEM SK Rakyat di Satok dekat sini hari ini.

Abang Johari berkata, beliau mencadangkan Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi dan Sarawak Multimedia Authority (SMA) untuk memperluas inisiatif itu di bahagian lain seluruh Sarawak.

“STEM ini adalah satu pendekatan yang sangat memberi manfaat kepada anak-anak kita. Saya nak sarankan semua bahagian ada kerana kerajaan negeri mempunyai peruntukan,” kata beliau.

“Kerajaan menekankan STEM dalam membangunkan modal insan untuk menghadapi era baharu yang mana teknologi merupakan perkara yang sangat penting,” katanya.

Hadir sama Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

tamat

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here