PKR Bintulu bergolak?

0
291

BINTULU – Lebih separuh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bintulu nekad meninggalkan mesyuarat agung tahunan di sini hari ini sebagai protes terhadap kepimpinan parti itu.

Ketua Penerangan Protem PKR Ranting Kemena, Alfred Jacga, 63, dalam satu kenyataan media hari ini berkata, mesyuarat tersebut tidak sah dari segi undang-undang dan kesahihan mesyuarat.

Beliau berkata, lebih 60 dari 100 perwakilan serta ahli yang hadir terbabit keluar sebagai tanda proses serta hilang keyakinan terhadap corak kepimpinan parti PKR Bintulu pada masa sekarang yang diterajui oleh Ketuanya, Kelvin Kilo.

Katanya, kepimpinan peringkat tertinggi PKR Cabang Bintulu tidak memaklumkan apa-apa perkara penting berkaitan parti kepada ahli-ahli.

“Ketua cabang tidak mahu menandatangani surat permohonan bagi mendaftarkan 11 ranting parti di peringkat pusat,” kata Alfred.

“Persoalannya sekarang ialah adakah PKR sebagai parti untuk memenuhi keinginan ahli yang berkepentingan sahaja dan bukannya parti milik semua untuk kesejahteraan rakyat?,” kata Alfred.

Kelvin yang mengulas tindakan ahli parti yang keluar meninggalkan mesyuarat berkata, tindakan itu adalah biadap dan tidak menghormati perlembagaan parti serta tatatertib dalam sesebuah mesyuarat.

“Saya menyifatkan tindakan mereka didorong niat memboikot serta merampas kepimpinan Ahli Majis Tertinggi kepimpinan PKR Cawangan Bintulu yang masih lagi sah pada masa sekarang,” ujarnya.

Beliau akan merujuk kes ini kepada kepimpinan tertinggi parti dalam masa terdekat bagi membincangkan isu cubaan pihak terbabit yang cuba menidakkan keputusan AGM kali ini.

Setakat ini katanya, pemerhati yang hadir menyifatkan AGM yang diadakan ini adalah sah dari segi undang-undang serta perlembagaan parti.

PKR Cabang Bintulu mempunyai seramai 3, 100 ahli berdaftar dengan 300 lagi merupakan ahli yang baharu.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here