Buruh ditangkap cederakan bayi

0
183

SIBU – Seorang lelaki berusia 36 tahun direman enam hari berhubung kes mendatangkan kecederaan kepada bayi berusia empat bulan.

Mangsa, cedera di kepala dan masih dirawat di unit rawatan rapi Hospital Umum Sibu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Ringgit mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Menurut ACP Stanley, nenek mangsa, melihat keadaan cucunya sangat lemah dan terdapat kesan merah di bahagian dahi. Pengadu membawa cucunya ke Hospital Sibu utk dapatkan rawatan.

“Cucunya kemudian telah ditahan di Wad ICU hinggalah ke hari ini,” kata Stanley.

Mangsa adalah anak tidak sah taraf kepada saspek dan anak perempuan pengadu.

Adalah difahamkan bahawa emak mangsa bekerja di Kuala Lumpur sebagai Pelayan Restoran.

Manakala saspek masih bekerja di Sibu sebagai Buruh.

“Saspek tinggal di rumah pekerja yg disediakan oleh majikannya, terletak selang 2 rumah dr rumah pengadu,” kata Stanley.

Menurut Stanley, pada malam kejadian, pertama kali saspek datang dan tidur di rumah pengadu utk menjaga mangsa.

“Sebelum ini saspek hanya datang melawat dan bermain sahaja dgn mangsa sekitar jam 7 – 9 malam setiap hari.”

“Pada malam tersebut, pengadu terpaksa bermalam di Hospital Sibu untuk menjaga kakaknya yg ditahan di wad,” kata Stanley.

Selain saspek dan mangsa pada malam tersebut, turut berada di rumah adalah seorang anak lelaki pengadu yang berusia 20 tahun dan 2 anak perempuan berusia 10 dan 7 tahun.

Mangsa tidur bersama saspek di dalam bilik tidur di tingkat bawah.

“Mangsa dilihat dalam keadaan baik adalah pada jam 4 pagi oleh anak lelaki pengadu yang terjaga dan bangun membuka lampu bilik kemudian memberi mangsa minum susu. Saspek telah dikejut, tapi tidak mahu bangun,” tambah Stanley.

Pada jam 7 pagi, saspek bangun dari tidur dan bawa keluar mangsa dari bilik dan membaringkan anak itu di hadapan ruang tamu, kemudian bergegas pulang ke rumah kongsi pekerjanya sendiri.

” Mangsa ketika itu sudah terjaga. Anak lelaki pengadu kemudian perasan ada kesan merah dan biru di dahi mangsa.

” Anak lelaki pengadu berselang seli memberi mangsa minum susu. Kesan merah di dahi mangsa makin merebak dan membesar, ” kata Stanley lagi.

Ketika itu pengadu pulang dari hospital dan anak lelakinya memberitahu apa yang telah berlaku.

Mangsa terus dibawa ke hospital dan dirawat di Zon Merah Unit Kecemasan pada jam 1235 tengahari.

” Seterusnya menjalani pembedahan di tengkorak kepalanya pd jam lbk 2000hrs, selepas dibuat CT Scan mendapati terdapat pendarahan dalam otak.

Mangsa kini ditempatkan di Wad ICU Kanak-Kanak, Hospital Sibu,” kata Stanley lagi.

Doktor telah menasihatkan pengadu untuk membuat laporan polis.

“Mangsa dalam keadaan stabil, tetapi masih dalam bius (tidak sedar) kerana baru sahaja selesai menjalani pembedahan,” kata Stanley lagi.

Saspek telah ditangkap pada 10.30 pagi semalam oleh Jabatan Siasatan Jenayah diketuai ASP Irwan Hafiz di dan akan direman.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here