Tanah runtuh terkena rumah

0
484

LIMBANG – Sebuah keluarga di Kampung Pemukas, Jalan Buangsiol, Limbang
cemas apabila bukit di hadapan kediaman mereka runtuh.

Kejadian itu menyebabkan tanah susur sehingga terkena sebahagian hadapan rumah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, PPgB Zian Azizi bin Yusuf pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.11 petang tadi.

Beliau berkata, 7 anggota menggunakan sebuah Jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta sebuah Hilux dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang dikejarkan ke lokasi.

“Tanah susur berlaku selepas strukturnya lemah berikutan hujan turun dengan lebat.

“Pemantauan terus dijalankan oleh anggota bomba bagi mengesan pergerakan tanah yang dikhuatiri mampu mengancam keselamatan penghuni.

“Setakat ini penghuni tidak dipindahkan dan bomba sudah memaklumkan kejadian itu kepada agensi lain sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

“Penghuni dinasihatkan bersedia untuk berpindah jika runtuhan menjadi kritikal bagi mengelak risiko kecederaan dan kehilangan nyawa,” katanya.

*

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here