Mabuk – Remaja 19 tahun didenda RM1,500

0
515

KUCHING – Seorang remaja, Lo Leong Boon berusia 19 tahun didenda RM1,500 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuching semalam ekoran memandu dalam keadaan mabuk pada 23 Mac lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu, tertuduh ditahan sepasukan polis diketuai ASP Azlizi Razali yang menjalankan “Op Mabuk” ketika memandu sebuah kereta jenis Perodua Kenari pada Mac lalu.

“Ujian hembusan nafas menggunakan alat SD-2+ dijalankan didapati positif.

“Kemudian, dia dibawa ke BSPT Kuching dan dijalankan ujian hembusan nafas menggunakan alat Lion Alcolmeter EBA-II mendapati kandungan alkohol dalam badan adalah sebanyak 193mg/100ml dalam darah iaitu melebihi had yang dibenarkan sebanyak 80 mg dalam 100ml,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu tambahnya, siasatan yang dijalankan mendapati tertuduh telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Tertuduh memandu dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan dan boleh dihukum di bawah akta yang sama,” tegasnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here