Dua lelaki nyaris terbakar

0
652

KUCHING – Dua pemandu nyaris rentung selepas kereta dipandu mereka terbakar sejurus terbabit kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Stutong, Kuching, di sini awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Sarawak menerima laporan berhubung kejadian pada jam 2.10 pagi dan seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Chaplin Wan dengan menggunakan sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurut Chaplin, sejurus tiba di lokasi Bomba mendapati dua buah kenderaan jenis Perodua Myvi dan Perodua Viva telah terbakar hampir 100%.

Tambahnya, dua buah kenderaan tersebut telah terlibat dalam kemalangan dan kedua-dua pemandu berjaya keluar dengan selamat sebelum ia terbakar.

“Keja-kerja pemadaman dengan menggunakan dua saluran bantu mula dan kebakaran terkawal pada jam 2.34 pagi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, operasi ditamatkan pada jam 2.39 pagi,” katanya ketika dihubungi.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here