Undang-undang pelabuhan akan dipinda

0
215

MUKAH – Undang-undang pelabuhan Sarawak akan dipinda bagi memastikan ia memenuhi keperluan sebuah pelabuhan moden dan lebih efisyen.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pengurusan pelabuhan dan pengangkutan di negeri ini merupakan hak negeri ini di bawah Perlembagaan Malaysia.

Justeru itu katanya, beliau membuat sedikit perubahan dalam rombakan kecil kabinet baru-baru ini dengan menubuhkan Kementerian Pembangunan Pelabuhan dan meminda Ordinan Pelabuhan kerana ia penting untuk membangunkan entiti perdagangan di Sarawak.

“Kita bersaing dengan pelabuhan lain di rantau ini, kita tiada pilihan melainkan menjadikan pelabuhan Sarawak berdaya saing dan menarik sebagai pelabuhan transit,” katanya dalam ucapan pembukaan Mesyuarat Koordinasi Pembangunan Negeri di bangunan RECODA dekat sini hari ini.

Katanya, kementerian dan Peguam Besar Negeri akan mengkaji undang-undang tersebut sebelum mengemukakan pindaan.

“Pelabuhan amat penting untuk membantu pembangunan perdagangan. Kita akan naiktaraf kemudahan pelabuhan untuk membolehkan kita mengesan pergerakan kapal dalam masa nyata.”

Selain itu katanya, jangka masa memasuk dan memunggah barangan dari kontena mesti dikurangkan untuk menjadikan pelabuhan itu menarik dan efisyen.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here