Protes senyap S4S

0
798

KUCHING – Protes senyap, itulah yang dilakukan tujuh individu daripada kumpulan Sarawak for Sarawakian (S4S) dengan tidak berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan dalam satu majlis di sini semalam.

Jurucakap S4S, Alex Leong berkata, perbuatan tersebut dilakukan berikutan kecewa dan marah dengan kerajaan Malaysia apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menyatakan tidak memberikan 20 peratus royalti minyak kepada Sarawak.

“Selain itu, seperti YB Nancy kata selama 56 tahun kita telah memberikan Malaya hampir RM 600 bilion (royalti minyak) dan kita kecewa dengan pindaan Perlembagaan Malaysia Artikel 160 yang tidak memasukkan Perjanjian Malaysia 1963.

“Malah kita kecewa apabila Dr Mahathir menyatakan Malaysia tidak mampu macam lawan dengan negara kuat. Laut China Selatan diberikan kepada kawalan China jadi maknanya perairan Sarawak 20 batu diberi kepada China.

“Jadi kita kecewa, Malaya ambil royalti minyak kita malah kata tidak dapat lindungi Sarawak, bagaimana nak minta orang Sarawak untuk hormati Malaysia, hormati Malaya.

“Sebab itu apabila nyanyi Negaraku, kami rasa kecewa dan marah maka tidak mahu berdiri,” katanya dalam sidang akhbar sebentar tadi.

Tambahnya, mereka juga telah memberikan kenyataan kepada pihak polis.

“Kita harap Kerajaan Persekutuan menunaikan janji dengan memberikan 20% royalti minyak.”Jika tidak bersikap adil kepada kita, bukan hanya S4S, seluruh rakyat Sarawak akan marah. Hari ini lapan orang tidak bangun mungkin 100, 200 atau 1,000 orang tidak bangun pula di masa depan,” ujarnya.

Menurutnya, jika kerajaan Persekutuan masih memberikan layanan tidak adil kepada Sarawak maka rakyat di sini akan makin kecewa.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here