SJK Chung Hua Debak adakan Khatam Al Quran

0
588

DEBAK: Pengalaman semasa menghadiri jemputan pada majlis-majlis rasmi dalam penganjuran Majlis Khatam Al-Quran digunapakai sepenuhnya untuk merealisasi penganjuran yang dirancang bersama warga sekolah.

Guru Besar, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Debak, Chai Siao Wen melahirkan kepuasan setelah berjaya mengadakan aktiviti Majlis Khatam Al-Quran kali pertama di sekolah terbabit.

Katanya, penganjuran aktiviti merupakan usaha semua pihak yang ingin melihat pihaknya untuk merealisasikan majlis berbentuk keagamaan.

Memang tidak dinafikan tentang usaha yang dilakukan tidak menjadi kenyataan tapi berkat kerjasama dan sokongan ibubapa dan penduduk setempat, ianya berjaya untuk direalisasikan.

Menurutnya lagi, pengalaman menerima jemputan sepanjang berkhidmat dikawasan Debak dan hadir pada majlis-majlis seumpamanya digunakan sebaiknya untuk mengadakan bagi pihak mereka.

Meskipun berlainan bangsa dan agama namun ianya tidak menganggu budaya demi kemenjadian murid.Ini merupakan komitmen semua warga sekolah dalam melahirkan masyarakat yang berbudaya dan berilmu dalam menjalankan amanah.

Majlis telah dirasmikan oleh ADUN Saribas, Mohamad Razi Sitam.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here