Lelaki maut kereta bertembung pikap

0
735

KUCHING – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan dalam satu kemalangan di Kampung Siniwan Lot, Jalan Bau-Kuching, di sini pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 11.46 pagi, mangsa, Yene Kenji Dohek, 20 meninggal dunia ditempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Anak Nyaon berkata, kemalangan ini melibatkan 2 buah kenderaan, sebuah pikap Hilux dengan sebuah motokar.

“Hasil siasatan awal Polis di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu motokar cuba memotong beberapa buah kenderaan di laluannya dan tidak sempat masuk kembali ke laluanya lalu bertembung dengan¬† pikap Hilux yang datang dari arah bertentangan.”¬†

“Pemandu motokar maut di tempat kemalangan. Kawasan kemalangan adalah jalan lurus di atas jambatan dan jalan berkenaan garisan berkembar. Cuaca semasa kemalangan adalah basah dan hujan,” kata Poge.

Walaubagaimanapun siasatan lanjut telah di jalankan dan sampel darah kedua-dua mangsa telah di ambil untuk dianalisa di Jabatan Kimia Malaysia, Kuching untuk siasatan lanjut.

Kes di siasat di bawah Sek 41(1)(A) APJ 1987

Dalam pada itu, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Bau, Tiwi Nios memberitahu, setibanya di lokasi mendapati mangsa kemalangan sudah dikeluarkan orang awam.

“Terdapat seorang mangsa lelaki yang telah dikeluarkan dari kereta Proton Saga oleh orang awam, diletak di bahu jalan.”

“Ketibaan ambulan dari Hospital Bau, pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Setelah ketibaan pihak polis dan mengambil maklumat, mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Manakala dua orang lelaki pekerja CMS penumpang kereta Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here