Dua maut, tiga cedera

0
803

PADAWAN – Dua maut manakala tiga mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaiki terbabas ke dalam gaung di Jalan Kampung Kambug, Padawan dekat sini petang semalam.

Dalam insiden pada pukul 6.30 petang itu, Sarik Susis, 55, dan Boy Gaus, 45 meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata, manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda itu Terence Tikok Pirus, 56 mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Turut cedera ialah Rijau Among dan Yos Pinya masing-masing mengalami kecederaan di bahagian leher dan kaki manakala dua lagi tidak cedera.Supt Alexson berkata, kira-kira jam 6.30 petang, kenderaan tersebut bergerak dari arah Kampung Kiding menuju ke arah Kuching.

“Apabila melalui selekoh di jalan Kampung Kambug, Padawan kenderaan yang dipandu terbabas kesebelah kanan jalan dan terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih kurang 20 meter.”

“Impak ini menyebabkan penumpang Sarik dan Boy yang menduduki bahagian kabin terbuka di belakang terjatuh dan maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala,” katanya.

Manakala penumpang yang lain mengalami kecederaan masih dirawat di Hospital Umum Sarawak, Kuching.Kes masih dalam siasatan.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here