Bario terbakar selepas dua minggu tanpa hujan

0
223

BARIO – Satu kebakaran melibatkan hutan dan belukar di Arul Telal dikesan petang tadi berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulung Palang C dekat sini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, kebakaran dianggarkan melibatkan kawasan seluas 20 hektar.

Beliau berkata, mereka menerima laporan melalui WhatsApp dari kumpulan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bario pada jam 5.23 petang tadi.

“Difahamkan kawasan itu tidak mendapat hujan dalam tempoh dua minggu. Selain itu kawasan kebakaran terdapat banyak pondok sawah.”

“Buat masa ini penduduk memotong rumput sebagai fire break dan kami masih mengumpul maklumat seperti akses jalan, punca air dan punca kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan petang tadi.

Beliau menambah, pasukan Unit Udara Bomba akan digerakkan ke lokasi esok.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here