3 maut Hilux jatuh gaung

0
1174

MARUDI: Tiga termasuk pemandu maut selepas kenderaan jenis Toyota Hilux yang mereka naiki terbabas lalu jatuh ke gaung kira-kira 100 meter di Jalan Lio Matu, Baram tengah hari semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata, mangsa ialah pemandu Kebing Pasang, 43, Ubong Lah, 74 dan Tok Dop, 60 dan kesemuanya maut di tempat kejadian.

Supt Alexson berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu dari arah Kampung Lio Matu menuju ke arah Miri bersama dua orang penumpang dihadapan.

“Sampai di tempat kejadian, kenderaan itu telah hilang kawalan semasa melalui satu jalan selekoh menyebabkan ia jatuh ke gaung setinggi lebih kurang 100 meter,” katanya.

Laporan pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Lio Matu mengesahkan mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketiga-tiga mayat mangsa telah dibawa naik ke atas dengan bantuan orang kampung dan anggota PGA Miri seterusnya dihantar ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here