Ops Eastwood, pemadaman api dibahagi 3 sektor di Miri

0
246

MIRI – Operasi pemadaman kebakaran memasuki hari ketiga Ops Eastwood dibahagikan kepada tiga sektor iaitu A, B dan C di belakang Eastwood Golf Course, Jalan Miri By Pass, hari ini.Sektor A seluas 185 ekar / 60 hektar (masih berasap) dan Sektor B – 64 ekar / 24 hektar ( masih berasap).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pemadaman tersebut menggunakan tiga unit pam angkut dan air dari sumber terbuka.

Katanya, operasi hari ini dimulakan pada pukul 8.30 pagi tadi.

“Pemadaman kebakaran menggunakan kaedah ‘Direct Attack’ dan ‘Fire Break’ serta ‘Compacting’ menggunakan dua unit jengkaut.

“Selain itu, helikopter unit udara membuat ‘water bombing’ di kawasan hutan berdekatan, sumber air dari kolam Eastwood Golf dengan keluasan kebakaran dianggarkan masih kekal seluas 84 ekar,” katanya.

Tambahnya, semua kepala api telah dipotong dan kawasan kebakaran mengeluarkan asap agak tebal kerana menerima hujan lebat malam tadi.

“Jumlah kekuatan keseluruhan terlipas Ops Eastwood seramai 63 orang dengan Komander Operasi oleh Ketua Balai, BBP Lopeng, PKPgB Terry Robson Anak Forance Nyanggau,” jelasnya lagi.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here