Kerajaan perlu benarkan referendum, Kho

0
189

KUCHING – Ketua Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) Kho Teck Wan bersetuju dengan cadangan agar kerajaan persekutuan menggubal undang-undang untuk membenarkan referendum dibuat bagi membolehkan rakyat menyuarakan pandangan mengenai isu-isu utama yang memberi kesan kepada mereka.

Beliau berkata, isu seperti keluar Malaysia, Hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan had umur berkahwin boleh diputuskan melalui referendum.

“Banyak demonstrasi dan tunjuk perasaan tercetus di dunia kerana rakyat kecewa kerana pendapat mereka tidak diperdulikan oleh kerajaan.”

“Situasi ini jika tidak ditangani dalam jangka masa panjang akan menjejaskan ekonomi dan kestabilan politik, Akhirnya rakyat juga yang menderita,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata demikian sebagai respon dengan cadangan Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar agar kerajaan persekutuan menggubal undang-undang membenarkan referendum tersebut.

Dengan adanya referendum katanya, lebih mudah kepada penggubal undang-undang untuk membuat perubahan selain mewujudkan undang berdasarkan keputusan referendum tersebut.

“Maksudnya, amat penting undang-undang referendum tersebut dirangka dengan teliti dan dikaji semula oleh semua penggubal undang-undang dan badan perundangan sebelum ia diluluskan.

“Kata Kho, selain itu amat penting pendidikan referendum diperluas ke seluruh lapisan masyarakat sebelum ia dilaksanakan.

“Ini bukan sesuatu yang senang namun sudah sampai masanya kita mempunyai undang-undang berkenaan,” katanya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here