Kebakaran di Tisak, Betong padam akhirnya

0
223

BETONG: Operasi pemadaman kebakaran Tanah Gambut Tisak, Betong dihentikan mulai hari ini setelah memasuki hari ke-11 Operasi dijalankan.

Ini dimaklumkan oleh Pegawai Operasi, Balai Bomba Dan Penyelamat(BBP) Betong, PBK1 Henry Jugah memberitahu sejumlah 70 ekar kawasan terbabit yang terbakar berjaya dipadamkan dan terpadam sendiri.

“Daripada jumlah 70 ekar yang terbakar, bomba Betong berjaya memadamkan 50 ekar yang telah dipecahkan kepada empat kawasan yang dipadamkan membabitkan Sektor A dan Sektor B yang masing-masing seluas 25 ekar.”

“Manakala bagi Sektor C dan Sektor D pula masing-masing 10 ekar 20 ekar yang lain turut terbakar telah terpadam dengan sendiri selain bantuan hujan,” ujarnya.

“Walau bagaimanapun, pemantauan dari semasa ke semasa perlu dijalankan bagi memastikan tiada punca api yang wujud semula dan boleh menyebabkan kejadian berulang,” katanya.

Tambahnya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, ADUN Layar, Gerald Rentap Jabu dan, ADUN Engkilili Dr Johnnical Rayong atas keprihatian mereka membantu.

Kehadiran mereka juga dilihat dapat memberi sokongan moral kepada kepada pihak bomba Betong dalam meneruskan usaha memadamkan api.

Selain daripada itu, Residen Bahagian Betong Friday Belik dan Ahli Majlis Daerah Betong yang sentiasa datang dan turun padang melawat kami di lokasi kejadian, tambah beliau.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here